Operasi Angkara Peristiwa Memali 1985

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985, Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. Beliau mempunyai lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di India dan Libya. Beliau juga bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau kerap berceramah di RTM1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan beliau menyertai PAS kemudiannya.

Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa Memali 1985 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan... http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/201... http://peceq.blogspot.com/2014/04/4556-kertas-peri... http://syuhada-melayu.blogspot.com http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... //scholar.google.com/scholar?q=%22Peristiwa+Memali... //www.google.com/search?&q=%22Peristiwa+Memali+198... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Peris... //www.google.com/search?q=%22Peristiwa+Memali+1985... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Peristiwa+M...